04 November 2014

ALBUM BARU - PANDORA MUNCUL DENGAN 'DIARI APRIL'



Bagi merancakkan lagi industri hiburan, 'Pandora' kini muncul dengan single terbaru mereka berjudul 'Diari April'. Album tersebut telah mendapat perhatian syarikat rakaman antarabangsa iaitu Warner Music Malaysia yang bertindak sebagai pengedar rasmi album fizikal dan juga digital untuk pasaran tempatan.

Untuk info, Pandora merupakan sebuah band berkonsepkan rock alternatif yang ditubuh secara rasmi pada tahun 2014. Band ini merupakan satu gabungan kombinasi influence yang berbeza serta banyak dipengaruhi oleh band-band popular antarabangsa daripada US dan UK.





Pandora bermaksud sebuah kotak yang di dalamnya terkandung sesuatu yang istimewa. Ini memberi simbolik kepada segala elemen yang terkandung di dalam band tersebut yang merangkumi personaliti, imej, hasil karya, dan lain-lain lagi.

Pandora dianggotai oleh empat She (vokalis), Alan (gitaris), Ijoy (bassis), dan Anep (pemain dram). Kesemua mereka difahamkan mempunyai berpengalaman beraksi di pentas underground.

"Bermula dengan pertemuan dengan She, seorang penyanyi yang kerap membuat persembahan pentas dengan saya, Alan, dan Ijoy (ahli band O-Two) untuk menerbitkan sebuah single, atas persetujuan majoriti semua di antara kami telah sepakat mengambil keputusan bergabung dan mewujudkan sebuah band," ujar Anep selaku pemain dram Pandora.

'Diari April' merupakan sebuah kisah cinta yang bertitik noktah di bulan April yang diakhiri dengan menulis sebuah diari. Lagu ini merupakan karya asal She dan Ijoy, liriknya ditulis oleh Alan (gitaris) serta mendapat olahan dan disusun semula oleh Pandora bersama bagi menghasilkan karya yang benar-benar berkualiti.

"Kekuatan lagu ini adalah pada melodi dan susunan lagu yang fresh, turut disertakan dengan lirik yang cukup mendalam. Bagi kami karya yang dihasilkan perlu selari dengan kehendak zaman sekarang oleh itu elemen-elemen yang bersesuaian telah di selitkan di dalam karya kami agar ianya tetap relevan," ujar vokalisnya, She.

Tambahnya, dia berharap agar kehadiran Pandora dipersada seni mampu meneruskan kegemilangan band rock alternatif tanah air dengan hasil karya kreatif mereka.













         ________________________




No comments: