02 January 2014

INFO SANA SINI - JOE CUBA NASIB MELALUI 'LUCY LOU'



Mungkin ramai yang tidak sabar menanti album terbaru PureVibracion yang khabarnya bakal memasuki studio rakaman. Namun, vokalisnya iaitu Joe Purevibracion akhirnya mengambil keputusan awal menghasilkan single solo pertamanya berjudul 'Lucy Lou'.

Vokalis kugiran reggae tempatan itu kini sibuk menyiapkan album ekperimentasi solonya itu di bawah syarikat rakaman Laguna Music di Ampang, Selangor. Syarikat yang sama telah menerbitkan album sulung Purevibracion iaitu Love and Peace pada tahun 2008.




Rakaman album yang dibuat di Greenhouse Studio dan Tune Studios ini akan memperdengarkan, akar muzik reggae moden yang berunsurkan digital dan penyampaian vokal yang berbeza dari muzik reggae yang biasa kedengaran. Manakala cinta, keamanan, masalah sosial dan global masih menjadi isi pilihan di dalam penulisan.

Lucy Lou menjadi lagu pilihan pertama yang di perdengar dan di pertontonkan secara online. Lagu ini sudah pun di muat naik di Youtube pada 8 November 2013.



Untuk info, album PureVibracion yang akan memuatkan 6 lagu berbahasa Inggeris dan 1 lagu berbahasa Melayu ini di jangka akan menemui peminat dalam bulan ini.

Klik gambar untuk imej besar...









MUSIC VIDEO LUCY LOU:  





No comments: