03 January 2014

BERTUDUNG - LANA NORDIN SEKADAR MAIN-MAIN?



Masihkah anda ingat bagaimana luahan Lana Nordin yang dia tetap akan meneruskan niatnya berhijab meskipun putus cinta? Malah dakwanya, niat ingin berubah sudah tersemat dalam hatinya sebelum mengenali Johan lagi.

Artikel terdahulu:
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini ada segelintir pihak yang kurang yakin dengan 'niat' Lana untuk berubah seperti yang dijanjikannya. Bahkan ada yang kurang selesa melihat Lana sekadar 'pakai dan buka' tudung seolah mengambil ringan niatnya sendiri.

Gambar terkini Lana yang manis bertudung
Klik gambar untuk imej besar




"Tq to my childhood frens Baby Bearhana for giving me this beautiful tudung n pls visit her nice collection stuff... enjoy shopping guys," ujar Lana melalui komen terbarunya di laman sosial yang seolah mempromosi tudung, bukan kekal memakai.

"Ya Allah, semoga engkau bukakanlah hati dan jiwa Lana Nodin agar dia sentiasa menutupi auratnya dan berhijab untukmu ya Allah.. amin amin amin," demikian pula doa seorang peminat Lana melalui Instagram.

Adakah akan kekal begini atau sekadar 'pakai buka'?


Kesimpulannya, jelas begitu tinggi harapan peminat Lana untuk melihat pelakon itu benar-benar berubah ke arah yang lebih islamik dan sekaligus mengotakan niatnya. Walaupun daripada segi membalas komen di Instagram, Lana dilihat sudah lebih terbuka dan menerima kritikan, namun mungkin 'mereka' mahukan yang lebih daripada itu.

Mungkin agaknya bagi mereka, cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya... atau lebih tepat lagi, bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan! Allahualam.

Lana daripada sudut lain pula - selepas progam Propaganza



Komen-komen peminat di laman sosial






No comments: