26 December 2013

TANPA JOHAN ASARI - LANA NORDIN TETAP BERHIJRAH



Bak kata pepatah, membujur lalu melintang patah. Begitulah semangat kental Lana Nordin, 34, yang akan terus berjuang meskipun cintanya dibuat permainan oleh Johan Asari, 27. Bayangkan, baru tiga hari kenal sudah mahu dirisik, tetapi hanya sebulan 'dicampak' ke tepi!

Artikel terdahulu:
Ini kerana, ramai yang tertanya-tanya apa jadi dengan niat Lana sebelum ini yang mahu berubah ke jalan yang diredhai? Mungkinkah dia akan kembali ke jalan silam yang penuh onak berduri lantaran malu dan kecewa?




Mengerti dengan semua persoalan tersebut, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin berkata, dia tetap akan meneruskan niatnya berhijab meskipun putus cinta. Jelas pelakon itu, dia memang sudah berniat ingin berubah sebelum mengenali Johan lagi, kekecewaan cinta bukan alasan untuk kembali membuat dosa.

"Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada pelakon Lisdawaty.



"Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah, saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik," ujar Lana dipetik sebagai berkata semalam.

Tambahnya, dia kini akan lebih berhati-hati sekiranya ingin menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu.

"Bukan tidak percayakan lelaki Melayu. Takkanlah kerana Johan, saya isytiharkan lelaki Melayu semuanya sama. Itu tidak adil. Cuma selepas ini saya perlu berhati-hati." katanya penuh makna tersirat.



Untuk info, Johan baru-baru ini mengumumkan putus cinta dengan Lana selepas sebulan 'beriya bercinta' akibat tidak mendapat restu keluarganya.

Iyalah, syurga itu kan di bawah tapak kaki ibu. Tak gitu?


No comments: