25 December 2013

SURPRISE!! - JOHAN PUTUS CINTA DENGAN LANA NORDIN



Jika semalam Yazer dan Ekin putus cinta gara-gara menunggu terlalu lama, berita terkini pula lebih gempak apabila Johan Asari akhirnya memutuskan cintanya terhadap Lana Nordin setelah sebulan bertemu dan hampir melamar.

Artikel terdahulu:
Dakwa Lana, semua perkara itu terjadi disebabkan Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga. Bagaimanapun, dia tidak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan.




"Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.

"Dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?



"Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah," ujar Lana seolah memulang paku buah keras.

Terdahulu, Johan secara terus-terang memohon maaf pada Lana. Maafnya juga ditujukan kepada mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung... termasuk peminat.

Johan berkata, hubungannya dengan Lana putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu.

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana.

"Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin,ia berupa perkara besar dalam hidup.

"Lagipun untuk berumahtangga, restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa ambil tindakan," jelas Johan dipetik sebagai berkata.

"Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas, tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini (berpisah).

"Saya masih muda dan ini Kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana.

"Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan Dengan masalah," tambah Johan mengakui kesilapannya yang jatuh cinta selepas tiga hari berkenalan.


No comments: