23 December 2013

PERKAHWINAN - LANA NORDIN SERAH PADA JOHAN



Meskipun sudah berbulan 'surprise' yang dibuat oleh Johan Asari kononnya mahu melamar dan menjadikan Lana Nordin sebagai isteri, namun hingga hari ini semua rancangan itu senyap sahaja.

Artikel terdahulu:
Apakah yang berlaku? Mungkinkah mereka hanya sekadar membuat cerita kosong atau keluarga Johan enggan menerima Lana?




Bagaimanapun, menurut Lana, kisah cinta itu bukan main-main. Ini kerana, sebagai perempuan dia menyerahkan kepada Johan untuk membuat sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka. Lagipun, agak awal untuk dia bertemu keluarga dan bercakap mengenai hubungan yang masih mentah itu.

"Saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai hal tersebut kerana masih terlalu awal untuk memperkatakan hal ini. Memang Johan sudah pernah berjumpa dengan keluarga saya kerana berkesempatan tempoh hari sebelum kami masing-masing sibuk.



"Berikan kami masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi masing-masing dan hal bertemu keluarga itu lebih manis jika Johan sendiri yang bercakap mengenainya dan bukan saya. Tapi saya tahu kami masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen dan itu salah satu sebabnya.

"Diharapkan tiada spekulasi dan cerita negatif mengaitkan keluarga dalam perhubungan cinta dan untuk saya, saya akan cuba jadi diri saya sendiri. Itu sahaja," ujar Lana dipetik sebagai berkata.

Tambah pelakon itu, Doa untuk bertemu jejaka beriman sebagai jodohnya yang dikirimnya kepada Lisdawati ketika aktres itu menunaikan umrah seakan telah dimakbulkan Allah SWT.

“Saya ada kirim doa kepada Lisdawati agar dipertemukan saya jodoh dengan lelaki yang beriman ketika dia mengerjakan umrah tempoh hari. Setelah pulang dia beritahu saya yang memang ketika sampai disana, hanya nama saya dan seorang lagi teman yang dia ingat lalu terus menyampaikan doa saya itu di sana.

“InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, saya pula akan mengikuti Johan dan teman lain untuk ke tanah Suci pada Mac depan,” katanya yang kemungkinan turut mahu berdoa sendiri depan Kaabah minta jodohnya kekal dengan Johan.


No comments: