23 December 2013

CINTA 8 TAHUN EKIN & YAZER AKHIRNYA 'MUSNAH'



Setelah bercinta bagai nak rak selama lapan tahun, akhirnya jodoh Ekin dan Yazer berakhir dengan perpisahan yang menyedihkan. Alasan awal yang mengatakan Yazer masih belum cukup wang untuk menyunting Ekin sebagai isteri kini tinggal kenangan semata.

Artikel terdahulu:
"Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.




"Kami putus awal Disember lalu. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu. Tetapi kami putus secara baik. Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja.

"Selepas ini saya hanya fokus pada nyanyian. Lebih baik saya solo. Buat masa ini saya tidak fikir ingin bercinta," ujar Ekin dipetik sebagai berkata.

Apakah punca perpisahan mereka? Yazer terlalu lambat atau Ekin sudah bertemu yang baharu? Sebagai peminat, tepuk dada tanya selera!


No comments: