13 November 2013

KAHWIN DENGAN EKIN - YAZER AF3 BELUM SEDIA


Bukan mudah mengharungi kehidupan dicelah kota raya Kuala Lumpur yang penuh cabaran. Tambah-tambah apabila jemputan pentas atau jemputan persembahan yang kurang 'kencang' sebagaimana artis lain.

Hal inilah yang terpaksa ditempuhi oleh bekas pelajar Akademi Fantasia 3, Mohd Yazer Yusof atau lebih dikenali sebagai Yazer. Meskipun rakan-rakan lain seperti Mawi sudah mencipta nama dan mempunyai perniagaan sendiri, namun Yazer masih terkial-kial mengumpul wang.




Dan atas faktor itulah yang membuat dia berjimat-cermat semata-mata untuk mengumpul wang sebelum mahu melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, Ekin (AF3). Bak kata pepatah, biar lambat, asalkan selamat!

"Saya berbelanja mengikut keperluan kerana sedar persembahan pentas bukannya selalu ada dan saya berjimat kerana ingin mengumpul wang untuk berkahwin.

"Keadaan ekonomi saya yang tidak stabil turut menjadi punca mengapa saya dan Ekin masih belum mengambil keputusan untuk berkahwin," jelasnya dipetik sebagai berkata.

"Percintaan saya dengan Ekin yang telah melangkau lima tahun itu semakin utuh kerana kami mengharungi susah senang bersama-sama.

"Boleh sahaja kalau saya nak berkahwin walaupun keadaan ekonomi diri yang tidak menentu tetapi perbuatan itu adalah tidak manis.

"Saya ingin mengumpul wang terlebih dahulu kerana sedar tanggungjawab untuk bergelar suami bukan mudah dan perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh dibuat main-main," katanya yang turut mendapat persetujuan Ekin untuk menangguhkan perancangan berkahwin buat masa ini.

No comments: