23 December 2013

ISU CERAI NORAIDA - ADI PUTRA KUNCI MULUT



Walau apapun yang berlaku terhadap pasangan suami isteri yang kini sudah bercerai iaitu Noraida dan Amiruddin Othman, Adi Putra tidak akan komen apa-apa. Meskipun didesak, namun Adi tetap berkata "No Komen!"

Artikel terdahulu:
Malah isteri Adi turut menyatakan tidak akan memberikan sebarang kenyataan mengenai apa-apa perkara yang berbangkit




"Walau apa pun perkara baharu yang wujud, kami tetap dengan pendirian kami untuk tidak berkata apa-apa.

"Keputusan No Further Action (NFA) jelas membuktikan perkara ini selesai dan kami mengharapkan yang terbaik. Lagipun, saya tak terlibat dalam kes ini dan Adi pula tak akan memberikan sebarang penjelasan," katanya pada media.

Untuk makluman, pada Jumaat lalu, Amiruddin telah tampil di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, untuk menyerahkan surat rayuan bagi mempertimbangkan keputusan kes yang berstatus NFA. Dan ketika itulah cerita penceraiannya telah diketengahkan pada media.



"Saya menggesa lelaki berkenaan supaya bertanggungjawab di atas apa yang terjadi, seperti yang dijanjikan kepada bekas isterinya di laman aplikasi, WhatsApp, sebelum ini.

"Walaupun kami telah berpisah, namun kes itu akan tetap diteruskan memandangkan ia berlaku sebelum penceraian dan turut mencemarkan maruah dan nama baik saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.


No comments: