21 December 2013

9 GAMBAR - AKSI NORAIDA & BEKAS SUAMI LEPAS BERCERAI



Gambar-gambar menarik Noraida Abdul Rahman, wanita yang mendakwa berskandal dengan Adi Putra selepas beberapa hari diceraikan oleh Amiruddin Othman dengan talak satu. Lebih menarik, dia kini berkawan baik dengan bekas suaminya itu dan sering berbalas status di laman sosial.

Artikel terdahulu:
"22 december 2013. Happy birthday in advance. I just want to be d first to wish u. Semoga Allah merahmati abg dan segala usaha abg. Kita cuma bertukar status saja tapi saya tak hilang kawan, supporter, penasihat, pelindung. Saya takkan buruk2kan abg. Promise! Terima kasih untuk semuanya. One word. Seorang lelaki yg bertanggungjawab," ujar Aida melalui Instagramnya.

Ucapan itu kemudian telah dibalas oleh Amiruddin, "thank you May Allah Bless Us".




Klik gambar untuk imej besar...




Mereka masih kawan baik dan berbalas mesej..













INFO:

Seperti yang kita sedia maklum, Amiruddin Othman mahu polis meneruskan siasatan terhadap Adi Putra di bawah seksyen 498. Surat rayuan telahpun diserahkan ke Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Definisi seksyen 498:
PERBUATAN menggoda isteri orang dengan niat untuk bersanggama adalah satu kesalahan mengikut undang-undang negara.

Kesalahan itu termaktub dalam Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang menyebut memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan tujuan untuk mengadakan hubungan seks adalah satu kesalahan jenayah.

Tafsiran seksyen berkenaan berbunyi begini: Barang siapa membawa atau memikat seseorang perempuan yang menjadi dan yang ia ketahui atau ada sebab untuk mempercayai sebagai isteri seseorang lelaki lain atau, daripada lelaki itu, atau daripada seseorang yang bertanggungjawab menjaga perempuan itu bagi pihak lelaki berkenaan, dengan niat supaya perempuan itu boleh melakukan persetubuhan yang ditegah dengan mana-mana orang, atau barang siapa menyembunyikan, atau menahan dengan niat itu seseorang perempuan tersebut, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya

Allahualam.


No comments: