22 December 2013

AJAR ANAK TIDAK BENCI AIDIL - RITA RUDAINI



Jangan benci bapa!

Itulah perkara penting yang disematkan kejiwa anak-anaknya oleh Rita Rudaini Mokhtar meskipun bapa mereka bakal kahwin lagi. Kata Rita, dia bukan jenis manusia yang mementingkan diri sendiri hingga menghalang anak-anak mendapat kasih sayang seorang bapa.

Artikel terdahulu:
"Saya bukannya jenis yang cuba menghalang anak-anak untuk mendapat kasih sayang bapa mereka. Dulu semasa kecil, mak dan ayah bercerai dan saya tidak mendapat kasih sayang seorang ayah kerana dia telah menghilangkan diri.




"Bagaimanapun sewaktu umur 17 tahun, ayah kembali dan saya melayannya seperti biasa. Ibu tidak pernah ajar untuk membencinya. Dan begitu juga dengan saya yang tidak mahu anak-anak membenci Aidil," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Rita berkata demikian sebagai membela diri daripada anggapan segelintir pihak yang mengatakannya menghasut fikiran anaknya Rayyan dan Arjuna. Hasutan tersebut dakwa mereka ialah daripada segi membenci dan menjauhkan bekas suaminya iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak daripada fikiran anak-anak.



"Saya sedia menjawab sebarang soalan daripada mereka. Saya telah menyimpan keratan akhbar bermula laporan saya nikah di Thailand sehinggalah berita terkini berkaitan mereka berdua untuk dibaca oleh mereka sekiranya ditanya berhubung isu cerai kami apabila mereka dewasa kelak.

"Saya tahu, satu hari nanti saya perlu berdepan dengan pelbagai soalan daripada anak-anak punca-punca saya dan Aidil bercerai.



"Kerana itu, saya telah menyimpan semua keratan akhbar laporan berkaitan dengan kami agar mereka boleh baca dan faham sendiri," katanya bersungguh.

Untuk rekod, Rita dan Aidil telah sah bercerai talak satu pada 5 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Pernikahan mereka di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki telah menyebabkan perkahwinan tersebut seolah tidak direstui.


No comments: