22 December 2013

4 FOTO - NIKAH DI INDONESIA: SAFEE SALI KINI SAH SUAMI SASHA



Wanita Indonesia yang berasal dari Riau iaitu Sasha akhirnya sah menjadi isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali. Mereka berdua selamat dinikahkan pagi semalam (21 Disember) di sebuah hotel dekat Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia iaitu di daerah kelahiran isterinya.

Artikel terdahulu:
Untuk info, majlis resepsi akan diadakan pada 28 Disember 2013 seperti yang tertera dalam kad jemputan perkahwinan. Ia akan diadakan di negeri kelahiran pengantin lelaki iaitu di Kampung Dato Kamaruddin, Bidor, Perak.

Klik gambar untuk imej besar...



"Alhamdulillah. Safee telahpun selamat bernikah pagi ini. Terima kasih di atas doa kalian & sokongan yang diberikan. Sesungguhnya, jodoh pertemuan itu semua telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan Safee & Shasha di dunia & akhirat kelak," ujar Safee melalui laman sosial.

Sebelum berkahwin dengan Sasha, Safee pernah berkahwin dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.

Tahniah buat Safee dan Sasha!








No comments: