19 December 2013

AIDIL BAKAL NIKAH: JANGAN LUPA 'NAFKAH' - RITA RUDAINI



Memang sudah dijangka!

Demikian reaksi Rita Rudaini Mokhtar apabila mengetahui niat bekas suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak, yang bakal berkahwin tidak lama lagi dengan wanita yang dipercayai Zarema Zainal.

Artikel terdahulu:
Meskipun mengakui tidak berhak untuk campur tangan atas urusan peribadi Aidil, namun Rita mengingatkan supaya jangan lupa memberikan nafkah kepada dua orang anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, setahun




"Sekarang ini saya telah membuat tuntutan nafkah sebanyak RM5,000 di mahkamah dan kes ini masih lagi belum selesai.

"Pelik juga bila dia bangkitkan tuntutan saya itu tidak munasabah. Bukankah wang itu untuk anak-anaknya juga?

Klik gambar untuk imej besar...


"Biarlah dia nak kahwin dengan sesiapapun, yang penting kebajikan anak-anak tidak dilupakan. Kalau nak diikutkan, saya mampu menyara anak-anak tetapi saya tidak mahu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, dakwa Rita, dia memang sudah jangka Aidil akan berkahwin dengan wanita tersebut dan tidak terkejut dengan berita perkahwinan mereka.



"Malah gosip jalinan cinta mereka sebelum ini sudah menunjukkan siapa diri Aidil yang sebenar," katanya.

Sebagai rekod, Rita dan Aidil sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008. Semuanya bermula apabila Aidil menceraikannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebulan sebelum itu.


No comments: