13 December 2013

AIDIL ZAFUAN TAMATKAN ZAMAN DUDA MAC 2014



Akhirnya teka-teki mengenai status hubungan Aidil Zafuan dan teman misterinya Zarema Zainal hampir terjawab apabila Aidil mengakui akan berkahwin sekitar Mac 2014. Namun secara berlapik, Aidil enggan mendedahkan siapakah bakal isterinya itu dan meminta pihak media bersabar.

Artikel terdahulu:
"Mana tahu ni? Insya-Allah, jika menjadi kenyataan saya akan jemput. Namun sama ada bulan Mac atau sebaliknya, saya enggan maklumkan dahulu. Lagi cepat lagi bagus," ujarnya seolah masih malu berterus-terang.




Seterusnya bila diajukan soalan apakah calon isterinya itu nanti adalah Zarema iaitu anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini, Aidil menjawab “Tunggu kadnya ya”.

Ha ha... kenapa masih nak main sorok-sorok Aidil. Benda baik harus diketengahkan agar tidak terus-terusan menimbulkan tanda-tanya dan fitnah. Apapun, marilah kita doakan moga apa yang dirancang oleh Aidil itu menjadi kenyataan. Amin.



No comments: