13 December 2013

KES GUGUR - ADI PUTRA TIADA SKANDAL ISTERI ORANG



Tiasa apa-apa tuduhan terhadap Adi Putra berikutan dakwaan kes skandal dengan isteri orang sejak September lalu. Malah hasil siasatan di bawah Seksyen 509 kanun Keseksaan mengklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut atau 'no further action' (NFA) terhadap Adi.

Artikel terdahulu:
"Pihak peguam saya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak polis pada 2 Disember lalu berhubung keputusan hasil siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya.




"Ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya dan ia telah selesai," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambah pelakon itu, pihak peguamnya memaklumkan keputusan siasatan rasmi polis sejak empat bulan lalu telah diklasifikasikan sebagai 'no further action' (NFA) atau tiada tindakan lanjut sekali gus membuktikan dia tidak bersalah.



Adi berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam semalam. Dalam sidang akhbar itu, dia ditemani isterinya Aida, 38, dan tiga peguam.

Untuk info, kes Adi menjadi berita hangat apabila pada September lalu dia didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang. Dia kemudian telah disiasat polis selepas suami wanita berkenaan yang juga ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Menurut laporan tersebut, pelakon popular itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan menerusi laman Instagram.

Akibat kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp, perbuatan berkenaan kononnya telah dihidu oleh suami wanita itu.

Menambahkan kehangatan kes, tiga bulan selepas itu... timbul pula gosip yang mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.

Terdahulu, Adi berkata yang dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kes tersebut dan menganggap ia telah selesai. Namun dia memberi amaran sekiranya ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan niat menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah.

"Saya tidak teragak-agak sekiranya ada pihak yang menggunakan media cetak atau elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya selepas ini," ujarnya.

Bagaimanapun, mengulas mengenai tindakan wanita yang dikaitkan dengan isu skandalnya itu yang akan turut membuat sidang media, Adi berkata dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang.

Namun begitu, dia mungkin akan mendapatkan perintah injunksi daripada mahkamah untuk menghalang pihak terbabit daripada terus memburukkannya.

"Ini adalah pengakhiran daripada saya dan sekiranya masih ada perkara berbangkit yang cuba memburukkan saya, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata Adi dengan nada tegas.

No comments: