13 December 2013

FAKTA PERKAHWINAN MEWAH ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN



Mungkin ada yang sudah 'rasa dingin' dengan berita dan gambar-gambar perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang melimpah ruah di media massa. Namun rasanya, masih ramai yang ingin tahu perkembangan atau cerita balik tabir pasangan ini yang bernikah pada tarikh cantik iaitu 11-12-13.

Benarkah fakta bahawa mereka merupakan pasangan yang berbelanja besar serta mendapat tajaan paling mewah berjumlah RM13 juta. Bagi anda yang masih ragu, jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai perbelanjaan perkahwinan mereka itu.



Klik gambar untuk imej besar...


  • Rozita menerima wang hantaran berjumlah RM23,200 simbolik tarikh lahir Zain yang jatuh pada 23 Februari.

  • Mas kahwin Rozita bernilai RM9,300 pula merupakan simbolik tarikh lahir pelakon itu sendiri iaitu pada 9 Mac.

  • Pelakon dan pengacara Primadona itu turut menerima cincin perkahwinan pemberian Zain yang dianggarkan bernilai RM93,000 juga simbolik tarikh lahir Rozita yang direka khas oleh Habib Jewels untuknya.

  • Hantaran pasangan ini 9 berbalas 9 dulang di mana kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM200,000.

  • Hantaran mewah yang diterima pihak lelaki termasuklah lima pasang baju Melayu rekaan Man’s Kajang Collection, gelang tangan Pandora, jam tangan Cartier, tas tangan Prada dan Louis Vuitton, tali pinggang Louis Vuitton, lima helai kemeja Burberry, lapan botol wangian berjenama antaranya Ferragamo, Chanel, Polo, YSL dan Gucci serta lima pasang kasut berjenama Louis Vuitton, Tod’s dan Christian Loboutin.

  • Manakala Rozita menerima barangan seperti telefon pintar iPhone dan Blackberry, lima pasang kasut jenama Christian Loboutin, empat pasang kain lace, tiga buah beg tangan jenama Chanel, 10 haruman berjenama di mana kebanyakan barang hantarannya dibeli di luar negara.

  • Selepas menggayakan barangan kemas bernilai RM11.5 juta pada majlis malam berinai, Rozita menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM6.5 juta pada majlis akad nikahnya.

  • Tiara yang dipakai Che Ta yang bermotifkan geometri dihiasi dengan permata berlian berpotongan ‘brilian cut’, diselang-selikan dengan kilauan permata Kunzite dan Aquamarine.

  • Rantai leher Rozita diserikan dengan taburan permata nilam dan berlian pelbagai bentuk berpotongan ‘rose cut’.

  • Manakala subang labuh dan rantai tangan ditatahi permata Paraiba dari keluarga Tourmaline, diselang-seli dengan permata nilam dan berlian juga berpotongan ‘rose cut’.

  • Jari manis Rozita disarungkan dengan cincin permata nilam berbentuk hati berpotongan ‘cobochone’ bersama berlian berpotongan ‘rose cut’. Che Ta turut menyarungkan cincin permata berlian Habib 14 carat berbentuk oval bertakhtakan butiran permata.

  • Rozita turut memakai rantai tangan tajaan Habib yang ditatah berlian berpotongan empat segi tepat atau dikenali sebagai ‘princess cut’.

  • Rozita dan Zain memakai persalinan pengantin berona putih rekaan Man Kajang.

  • Pengantin tiba di SCCC menaiki limosin mewah berwarna putih jenama Chrysler.

  • Secara keseluruhan, pasangan ini menerima 28 tajaan antaranya barangan kemas dari Habib Jewels dan lokasi.

  • No comments: