12 December 2013

RAHSIA ZAIN SAIDIN: 'UNCLE PANDAI PUJUK MUMMY - AMMAR



Pandai memujuk dan mengambil hati merupakan rahsia besar Zain Saidin berjaya memikat hati Rozita Che Wan untuk menerimanya sebagai suami. Malah 'dialek Kedah pelik' yang digunakan Zain turut mencairkan hati Che Ta hingga membuat dia tersenyum akibat lucu.

"Uncle (Zain) memang pandai pujuk mommy (Rozita) guna dialek Kedah. Kelakar bunyinya apabila ‘mat saleh celup’ berbahasa begitu.



"Dia bukan sahaja pandai mengambil hati mommy tetapi juga saya dan adik (Aniq Ezzra, 15). Uncle selalu bawa kami main bola dan tengok wayang," ujar anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy, 17, dipetik sebagai berkata.

Ammar berkata demikian sebagai mendedahkan rahsia bapa tirinya yang bijak memujuk ibunya terutama sekali apabila berlakunya perselisihan faham. Setiap kali mahu memujuk Che Ta, petua 'dialek Kedah' itu akan membuat ibunya berbaik kembali.

Ammar dan adiknya Aniq


Ammar berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis pernikahan ibunya adi Gazebo Setia City Convention Centre, Shah Alam, semalam.

Untuk makluman, Ammar bersama adiknya Aniq merupakan anak Che Ta hasil perkahwinan terdahulu ibunya dengan Azuar Effendy Zulkafly, 41. Mereka berdua berpisah pada tahun 2003.



Terdahulu, Aniq berkata ibunya mula memberitahu mengenai perancangan perkahwinan mereka empat bulan lalu.

"Sebelum itu, mommy membawa kami bercuti di Genting Highlands dan memperkenalkan Uncle kepada kami.

"Tetapi masa itu dia tak cakap apa-apa kerana mommy ini kalau nak tahu, seorang perahsia. Dah lama selepas itu barulah mommy terangkan pada kami.



"Mula-mula rasa peliklah juga, maklumlah Uncle kan lebih muda dari mommy. Tetapi melihat kesungguhan Uncle terhadap mommy membuatkan kami selesa dan pada masa sama mereka tidak mengabaikan saya dan abang," katanya yang tak sabar mahu menimang adik baharu.

"Kan saya dah ada adik dah. Tetapi bolehlah juga, dapat adik kacukan," ujar Ammar berseloroh.

No comments: