20 December 2013

GEMPAK - NORAIDA, ISTERI SKANDAL ADI PUTRA KENA CERAI



Memang gempak apabila Amiruddin Othman, 56, semalam mengaku telah menceraikan isterinya Noraida Abdul Rahman, iaitu wanita yang didakwa berskandal dengan pelakon Adi Putra.

Artikel terdahulu:
Menurut Amiruddin, sebelum cerai dilafazkan, mereka berdua keluar makan dan bersiar-siar sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah.



Pengakuan Noraida di Twitter
Klik untuk baca...



"Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida.

"Dengan apa yang berlaku setakat ini saya mendapat tekanan yang teruk, bukan saja dari keluarga tetapi juga daripada masyarakat. Hubungan saya dengan keluarga menjadi tegang. Ikatan perkahwinan saya selama ini hancur begitu saja," ujarnya dipetik sebagai berkata pada media.

Dakwa Amirudin, lafaz cerai talak satu dilakukan di kediaman mereka di Johor Bahru, antara jam 4.30 hingga 5 pagi dua hari lalu.



"Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh," katanya.

Beliau ditemui selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan terhadap hasil siasatan 'no further action' (NFA) ke pejabat peguam negara di Putrajaya. Ketika menyerahkan surat itu, beliau hadir bersama peguamnya Muhammad Hasif Hasan dan Kassim Osman.

Untuk info, mereka telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan dikurniakan seorang anak bernama Noor Fasha Dania yang kini berusia tujuh tahun.

Noraida ketika hadir sidang akhbar baru-baru ini...



No comments: