21 December 2013

BAKAL KAHWIN UQASHA: SAYA TAK MAIN-MAIN - PEKIN



Pekin Ibrahim membuktikan bahawa cintanya terhadap Uqasha Senrose bukan main-main dengan secara 'gentleman' telah mengajak kekasihnya itu berkahwin. Lebih menarik, keluarga mereka berdua juga sudah diberitahu mengenai rancangan tersebut dan mereka memberi lampu hijau.

"Kami akan berkahwin pada tahun hadapan. Tarikh sudah ada, tetapi keluarga tidak benarkan kami umumkan sekarang. Saya pun tak boleh cakap sama ada awal, pertengahan atau akhir tahun. Apa yang saya boleh katakan, kami merancang untuk bernikah pada 2014.




"Dari awal saya jumpa dia dulu, saya dah ajak dia kahwin. Itu bermakna saya tak main-main dengan dia," ujar Pekin tanpa berselindung.

Bagi yang masih ingat, Pekin dan Uqasha sebelum ini pernah dilanda kontroversi cinta tiga segi yang hampir-hampir meranapkan cinta mereka.

"Saya akui waktu itu saya agak tertekan sebab tak pernah lalui kontroversi seperti itu. Tapi kita ada akal dan saya cuba tangani masalah itu dengan baik," ujar Pekin dipetik sebagai berkata ketika majlis pra-tonton filem Tokan baru-baru ini.

Tambahnya, dia agak sibuk dengan banyak projek filem tahun hadapan yang dianggap sebagai rezeki perkahwinannya nanti dengan Uqasha.


No comments: