25 December 2013

PUNYA KEKASIH - NABILA BERCINTA DENGAN PEMAIN BOLA?



Walaupun Nabila Huda, 29, enggan mengulas lanjut mengenai kekasih baru yang dikenalinya sejak beberapa bulan lalu, namun mengikut sumber, lelaki tersebut adalah Izwan, iaitu pemain bola sepak amatur untuk pasukan fcjmuda yang memakai jersi nombor 10.

Artikel terdahulu:
"Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan.

"Apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu," ujarnya dipetik sebagai berkata di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling, semalam.

Klik gambar untuk imej besar...



"Kalau nak ikutkan hati, saya cukup teruja mahu kongsi kisah cinta baru saya ini. Tetapi saya mahu buat azam baru, tidak mahu lagi menceritakan kisah peribadi terutamanya hal-hal cinta kepada umum.

"Saya belajar perkara ini daripada pengalaman. Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku," katanya.



Menurut Nabila, hal-hal peribadinya hanya akan dikongsi menerusi laman sosial Instagram, namun ia turut dihadkan kerana bimbang kisah cinta itu dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Klik untuk baca..









No comments: