18 April 2016

‘KAULAH DIA’ - BUAH TANGAN TERKINI CALIPH BUSKERS



Selepas kejayaan single pertama mereka ‘Hanya NamaMu’, yang telah merangkul beberapa anugerah di pentas AJL dan juga sebagai lagu yang paling banyak didendangkan di pusat karaoke Redbox, terkini Caliph Buskers muncul pula dengan buah tangan terbaru mereka berjudul 'Kaulah Dia'.

Single solo kedua terbaru tersebut merupakan ciptaan dan terbitan sepenuhnya Edry Abdul Halim. Ia membawa genre pop kontemporari yang menampilkan muzik lebih matang dengan iringan koir dan orkestra sekaligus membawa dimensi baru dalam muzik kumpulan Caliph Buskers.





Untuk info, ‘Kaulah Dia’ menceritakan sebuah kisah cinta agung, sesuai untuk dipersembahkan dalam pelbagai majlis, terutamanya Caliph Buskers yang sering memenuhi jemputan majlis-majlis awam.

Ia telah dilancarkan secara rasmi hari ini (18hb April 2016) dan video liriknya boleh ditonton di laman YouTube KRU Music.




Sumber & Foto: KRU Music



         ________________________





No comments: