22 November 2013

INFO SANA SINI - KONSERT DESTINI 2013


Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM akan menganjurkan Konsert Destini pada 20 dan 21 Disember ini di Dewan Agong Tunku Canselor (DATC) di sini.

Konsert tersebut akan menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz AF, Jaclyn Victor, Adira dan Dayang Nurfaizah selain penampilan khas artis Indonesia, Datuk Rossa dan Pasha Ungu.

Klik gambar untuk imej besar...



Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd. Aizuddin Mohd. Ghazali berkata, konsert itu bertujuan mengumpul dana tambahan untuk membantu pelajar cemerlang kurang berkemampuan termasuk anak yatim dan Orang Asli bagi menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi.

"Kita berharap agar hasil jualan tiket konsert amal tersebut mampu mengurangkan bebanan sekali gus dapat membantu mengubah destini anak bangsa pada masa akan datang," katanya dalam sidang akhbar baru-baru ini.

Mohd. Aizuddin berkata, konsert tersebut menjanjikan kelainan yang mana setiap persembahan mendapat sentuhan tenaga pengajar dan pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTa) UiTM di bawah pimpinan Edri Hashim yang bertindak selaku pengarah muzik konsert berkenaan.

Menurutnya, orang ramai yang berminat menyaksikan konsert itu boleh mendapatkan tiket bernilai RM1,000, RM500, RM300, RM200, RM80 dan RM30 menerusi Unit Pemasaran Konsert Destini dengan menghubungi FiTA di talian 0379622186 dan 033425080.

"Orang ramai juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Pemasaran, Raja Nor Aminah Raja Ayob menerusi 0196704734 atau Pengarah Bersama Konsert Destini, Mohd. Abu Seman (0133959839)," tambahnya.

No comments: