22 November 2013

4 GAMBAR - BILA LINDA JASMINE DISANGKA 'MINAH SALLEH'


Pastinya bagi yang kurang mengenali Linda Jasmine, mereka akan menyangka Linda seorang wanita Eropah disebabkan imej terbarunya berambut perang. Tambahan pula, wajah Linda yang Pan-Asia sememangnya membuat ramai yang salah sangka bahawa dia 'minah salleh'.

Malah perubahan imej tersebut juga berjaya menarik perhatian ketika majlis pertunjukan fesyen Lord’s Tailor baru-baru ini. Guru tari yang popular melalui rancangan Akademi Fantasia itu yang juga isteri kepada aktor popular Que Haidar jelas mencuri tumpuan ramai.




“Saja sekadar untuk menukar angin. Lagipun sudah lama saya berambut hitam jadi apa salahnya mencuba sesuatu yang baru.

“Pada awalnya, memang agak kekok sebab sudah terbiasa dengan rambut hitam. Malah bila ada rambut perang ini, masalah utama saya ialah untuk memiliki pakaian yang sesuai untuk disepadankan dengan imej rambut terbaru saya ini,” katanya kepada media.



“Memang kelakar. Ada kalanya bila saya keluar membeli barangkeperluan rumah di pasar raya, ada yang berbisik dan mengatakan wajah wanita Eropah itu mirip wajah saya.

“Tapi apabila saya membuka mulut dan bercakap bahasa Melayu dengan mereka, baru mereka sedar yang itu adalah saya. Tapi masih ramai yang menyangka itu bukan saya,” tambah Linda tersenyum.



"Saya bersikap terbuka. Bagaimanapun saya mengambil masa untuk membiasakan diri dengan penampilan terkini isteri saya ini," ujar Que Haidar pula.



No comments: