23 November 2013

AJL28 - 12 LAGU LAYAK BERENTAP DI FINAL

Semalam, sebanyak 12 buah lagu terbaik telah layak ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas bertarung di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28.

Antara lagu yang layak ke peringkat akhir (26 Januari 2014) ialah Penglipurlara (Hazama), Takkan Terpisah (Black), Bahagiaku Deritamu (Hafiz Suip), Aku Pelat (Salam Muzik), In Love With You (Noh Salleh & Aizat Amdan), Bosan (Stacy), Kalau Aku Kaya ( Awi Rafael & Altimate), Hanya Aku (Hyper Act), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Sahabat (Najwa Latiff), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor) dan Kau Yang Terindah (Alyah).




Untuk info, pertarungan semalam turut menyaksikan persembahan daripada  Akim & Stacy (Kembali), Estranged (Anugerah Hidup), Yuna & Aizat Amdan (Dwihati ),  Hujan (Rumah Kita) dan Jaclyn Victor (Jagalah Diri).

Muzik Muzik 28 minggu ketiga yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor, turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Cat Farish, Damien, DJ Fuzz, Mimie (One Nation Emcee) dan Waris.

Program tersebut telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 8 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2013.

Dan antara barisan juri profesional yang mengadili mereka ialah Azlan Abu Hassan, Aubrey Suwito, Ajai, Ad Samad, Azmeer dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri.

No comments: