23 November 2013

UPDATE - BEKAS SUAMI WAN NUR AZLIN MENINGGAL DUNIA

 
UPDATE 

Bekas suami aktres Wan Nor Azlin iaitu Mohd Yazli Yaacob meninggal dunia jam 9 malam semalam akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Berita tersebut telah di sahkan sendiri oleh bekas isterinya dan kawan arwah di facebook iaitu Hafizd Azmi.




Jenazah Allahyarham telah selamat di kebumikan pada pukul 10 pagi tadi di Kampung ibunya di Kampung Rizab Melayu, Tambun Perak.

Sementara itu menurut dramatis Wan Nor Azlin, pada jam 5 pagi (kelmarin), bekas suaminya mengadu sakit dada dan dihantar ke Klinik Kesihatan Gombak sebelum dirujuk ke Hospital Selayang. Namun disebabkan keadaannya makin kritikal, pihak hospital terus membawanya ke IJN.

“Anak masih tidak mampu menerima berita kematian ayah mereka, terutama anak perempuan, Dania Camelia yang sangat rapat dengan arwah,” katanya yang turut berada di samping arwah ketika menghembuskan nafas terakhir sambil dikelilingi ahli keluarga lain.

"Saya memohon sesiapa yang mengenali arwah bekas suami saya supaya menghalalkan makan minum dan hutang arwah selama hidup," tambah dramatis itu.

Untuk info, Wan Norazlin dan  Mohd Yazli bercerai pada Mac lalu dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danial Luqman, 12, Danny Iskandar, 11, dan Dania Camelia, 8.

Takziah diucapkan. 

Klik gambar untuk imej besar...






No comments: