12 December 2014

MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA - KOLABORASI HEBAT FAZURA & SAM



Global Station, Astro Shaw dan Red Films buat julung kalinya bergabung dalam menerbitkan sebuah filem romantik komedi 'Manisnya Cinta Di Cappadocia' (MCDC) yang memulakan tayangan seluruh Malaysia semalam.

Semalam juga, Satu sesi tayangan khas dan sesi bertemu peminat serta pemenang telah diadakan di GSC One Utama, Petaling, Selangor.

Nur Fazura dilihat tidak menang tangan melayan karenah peminatnya yang mahu bergambar serta mendapatkan tandatangannya. Malah rata-rata yang menonton filem tersebut memuji kolaborasi hebat antara Fazura dan Sam.

Klik gambar untuk size besar




Untuk info, filem yang diadaptasi dari novel hasil karya Anis Ayuni ini diarahkan oleh pengarah terkenal, Bernard Chauly. MCDC merupakan karya pertama Bernard Chauly yang berbentuk adaptasi novel selepas menghasilkan beberapa filem romantik komedi seperti 'Gol & Gincu' yang ditayangkan pada tahun 2005, 'Pisau Cukur' (2009) dan 'Istanbul Aku Datang' (2012).

Walaupun idea asal MCDC tidak datang daripada Bernard sendiri, namun penghasilan adaptasi dari novel Anis Ayuni ini membuktikan kreativiti dan kredibiliti beliau sebagai seorang pengarah dalam memahami intipati sesebuah penceritaan.



Selain Fazura dan Sam, filem ini turut dibintangi oelh Lisa Surihani, Eja, Kak Ogy, Zaibo, Faizal Hussein, Josiah Hogan dan ramai lagi.

Tonton trailer filem ini di Youtube:
 https://www.youtube.com/watch?v=C_33W3mToro







         ________________________




No comments: