27 January 2017

'SURGA YANG TAK DIRINDUKAN' KEMBALI GEGAR PAWAGAM



Meskipun di sini tidak ramai yang tahu mengenai filem Indonesia terhebat 2015 iaitu Surga Yang Tak Dirindukan (SYTD) lakonan Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella dan Reline Shah yang pernah meraih 2 juta penonton dan menjadi filem terlaris di negara jiran itu, namun kehangatannya kini bakal melanda negara ini.

Ini kerana, filem yang mengisahkan kontroversi mengenai poligami itu bakal kembali dengan kisah yang lebih menarik melalui Surga Yang Tak Dirindui 2. Ia bakal ditayangkan pada 9 Februari depan di Indonesia dan 16 Februari di Malaysia.





"Kami amat berbesar hati kerana berpeluang menjalin usahasama dengan produksi di Indonesia iaitu MD Pictures bagi memasarkan filem ini di Malaysia," ujar Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato' Khairul Anwar Salleh, ketika ditemui disesi tontonan filem pertama SYTD di Mutiara Damansara semalam.

Tambahnya, meskipun penonton di negara ini kurang didedahkan dengan filem terawal yang pernah meraih 10 anugerah itu, namun Astro kini telah bersedia untuk menarik minat penonton tempatan bagi menyaksikan sambungannya nanti.

Klik untuk gambar besar






Artikel: Man - Foto: Ain - www.myartis.com


         ________________________





No comments: