Sambungan filem terkini Hunger Games iaitu 'Mockingjay' Part 1 kini kembali menemui penonton mulai semalam (20 November) di pawagam TGV seluruh negara.
Filem hebat ini yang mengisahkan Katniss Everdeen telah terselamat dari permainan maut Hunger Games sebanyak dua kali. Dia yang meloloskan diri dan menyertai kumpulan pemberontak akibat Daerah 13 sudah musnah menjalani sesi latihan dalam bandar bawah tanah.
Katniss akhirnya telah menjadi seorang pejuang, pemberontak dan juga Seorang 'Mockingjay'.

Sementara itu, Capitol makin membenci Katniss. Capitol menghujani Daerah 12 dengan ratusan bom. Sementara Peeta Mellark pula menjadi tawanan pihak Capitol dan sekaligus menjadikannya sebagai umpan bagi membunuh Katniss.
Apakah yang berlaku seterusnya? Jawapannya hanya apabila anda menonton filem ini.
TONTON TRAILER DI SINI
Klik gambar untuk size besar






________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment