20 November 2014

EZAD LAZIM DITAHAN MILIKI DADAH DI SELAYANG?



Episod dadah dikalangan artis masih terus menjadi duri dalam daging apabila terkini seorang lagi artis ditahan polis atas dakwaan memiliki dadah.

Memetik laporan Harian Metro semalam, penyanyi dan pelakon lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Selayang kerana memiliki satu peket dadah syabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan ke atas artis terbabit menemui satu peket lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.3 gram dalam gengaman tangan kiri.

Gambar ihsan Harian Metro




Menurutnya, polis kemudian membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah syabu.

"Suspek kini ditahan dan akan direman esok bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan tangkapan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Selanjutnya, dalam laporan Astro Gempak pula, mereka mendakwa ada pihak memberi maklumat bahawa artis terbabit ialah bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim.

Lapor mereka lagi, pelakon dan penyanyi itu ditahan atas maklumat orang awam.

Jika benar, sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya nanti!


         ________________________




No comments: