20 November 2014

KEGUGURAN 3 KALI, BUANG TIUP FALLOPIO - AZZA (ELITE) GIGIH BERUSAHA UNTUK HAMIL LAGI



Meskipun dia pernah keguguran sebanyak tiga kali dan tiup fallopionya dibuang, namun Azza (Elite) tetap tidak berputus asa untuk terus mendapatkan cahaya mata.

Bagi yang masih belum tahu, Azza terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopio bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu. Ia akibat kandungannya sebelum ini berada di luar rahim.

Menurut Azza, memang pembedahan tersebut amat perit dan meninggalkan kesan mendalam terhadapnya. Dia bukan sahaja keguguran, malah doktor mengesahkan dia akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.

"Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu tiub fallopio sahaja.





"Biarpun redha dengan kejadian itu namun saya tidak pernah patah semangat kerana yakin suatu hari nanti Allah akan memberikan rezeki anak kepada saya dan suami," ujar Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, dipetik sebagai berkata.

Untuk info, pertama kali Azza mengalami keguguran ialah pada 2012 selepas beberapa bulan berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada Januari 2013.

"Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa Allah lebih daripada segalanya dan membuatkan saya bertambah yakin bahawa saya akan hamil lagi selepas ini.



"Sebelum ini saya murung dengan kejadian tersebut tetapi apabila difikirkan kembali ada hikmah disebaliknya mengapa saya masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.

"Alhamdulillah suami dan rakan-rakan banyak memberi dorongan dan saya terbuka apabila ditanya mengenai perkara ini kerana saya tahu bukan saya seorang mengalami nasib sama dan cerita saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain juga untuk tidak berputus asa," tambahnya.



         ________________________




No comments: