23 December 2015

22 GAMBAR - SEKITAR MALAM GALA TAYANGAN FILEM 'LANGIT CINTA'



Nampaknya sejak kebelakangan ini, filem-filem terbitan Astro Shaw boleh dikatakan amat berjaya dari segi kutipan box office hingga mampu menenggelamkan beberapa penerbit filem lain.

Contohnya, filem Polis Evo baru-baru ini telah berjaya mencatat sejarah apabila mengutip lebih RM17.30 juta, 'The Journey’ pula pernah meraih RM17.28 juta, manakala sebelum itu filem Ombak Rindu mengutip RM15 juta.

Bagi meneruskan kesimbungan kejayaan Astro Shaw itu, terkini Osman Ali kembali dengan sebuah lagi filem terbaharu berjudul 'Langit Cinta' yang membariskan pelakon hebat seperti Nur Fazura, Keith Foo, Siti Saleha, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy), Farid Kamil, Zaidi Omar, Dian P Ramlee dan Normah Damanhuri.





Sehubungan itu, satu malam gala tayangan perdana filem tersebut telah diadakan semalam di Cineleisure damansara @curve, Petaling. Ia dihadiri ramai wartawan, peminat dan para pelakon filem tersebut.

Meskipun tidak mahu membandingkan antara Ombak Rindu dengan Langit Cinta, namun Osman Ali menaruh harapan tinggi untuk filem terbaharunya itu.

Klik gambar untuk size besar



Sinopsis Langit Cinta: 

Langit Cinta mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Khadijah (Nur Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.

Alif mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah.

Bagaimanapun, seperti Alif... Budiman (Farid Kamil) sebenarnya turut menaruh hati pada Khadijah sejak zaman remaja lagi. Mereka membesar bersama di pulau itu. Namun cintanya terpaksa dipendam dalam hati.

Biarpun hubungan cintanya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Persoalannya, mampukah Budiman terus memendam rasa?









































ARTIKEL: NUR
PHOTO: KAMARUL

LAGI GAMBAR-GAMBAR DI INSTAGRAM MYARTIS - Sila klik




         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...