23 December 2015

ISTERI MASIH SETIA DI SISI - YAZID SEARCH RASA TERHARU



Pemain dram kumpulan Search, Yazid Ahmad, 52, berasa risau jika isterinya, Ramlah Mat sudah bosan menjaganya apatah lagi dia sudah tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Bagaimanapun, Yazid berasa terharu apabila isteri masih setia di sisinya meskipun terpaksa menjaganya sejak disahkan menghidap kegagalan buah pinggang.





"Saya takut dia (isteri) bosan. Kalau dia tak ada, saya akan keseorangan. Alhamdulillah syukur dia terima saya walaupun saya tidak mampu menjaga makan pakainya," ujar Yazid ketika ditemui media pada sidang media Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30).

Tambah Yazid, dia juga bersyukur anak bongsunya bernama Sheeqa, 24, banyak membantu daripada segi menjelaskan bayaran utiliti dan termasuk sewa rumah.

"Selain isteri, Sheeqa juga banyak membantu membayar bil. Sampaikan dia sanggup berkorban apa sahaja untuk membantu keluarga sedangkan dia masih muda dan pasti teringin membeli sesuatu yang diinginkan," jelasnya.



Dalam pada itu, Yazid berkata, dia amat merindui untuk kembali beraksi di pentas bersama Search namun kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Sehingga kini Yazid masih lagu menjalani rawatan susulan dan memerlukan kira-kira RM3,000 untuk menampung kos tersebut setiap bulan bagi kos ubat-ubatan.

GAMBAR 2013 - Yazid bersama isteri dan anaknya



Sumber: mStar



         ________________________




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...