Meskipun hanya berkenalan selama tiga minggu dan kemudian berkahwin, namun Adira tanpa berselindung mengaku bernikah dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand. Kenapa Thailand? Dakwanya ia dilakukan kerana masalah dokumentasi.
"Kami mengambil keputusan bernikah selepas hanya tiga minggu berkenalan. Jadi, agak sukar bagi pihak saya dan suami untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia, apatah lagi perkahwinan kami membabitkan poligami.
"Cara terbaik adalah berkahwin di negara jiran.
Sekarang ini, setelah lebih tiga minggu berkahwin, saya ambil keputusan untuk umumkan cerita sebenarnya. Saya tidak kisah dengan apa juga tanggapan orang kerana apa yang penting perkahwinan kami ini mendapat restu daripada seluruh keluarga," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Apa-apapun, marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.
DATUK RED & DATIN RED
ADIRA SUHAIMI
________________________
-
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS
- INSTAGRAM - TWITTER
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment