20 May 2014

BILA FIZZ FAIRUZ & IZZUE ISLAM JADI 'MAT TUDUNG'



Showbiz Productions yang terkenal dengan filem Melayu lain dari yang lain seperti 'Hantu Kapcai', 'Kahwin 5', 'Chikaro', 'Hantu Tok Mudim' dan 'Ular', kini membuka tirai 2014 dengan sebuah filem komedi berjudul 'Mat Tudung'.

Filem arahan pengarah muda, Waan Hafiz (yang sebelum ini mengarah filem 'Hantu Tok Mudim') menggandingkan Fizz Fairuz, Nelydia Senrose dan Izzue Islam sebagai pelakon utama.





'Mat Tudung' mengisahkan seorang kasanova bernama Johari (seorang bekas Mat Rempit) yang telah jatuh cinta pandang pertama pada Zizie. Zizie bukanlah seperti gadis biasa yang mudah untuk didampinginya tapi seorang gadis berhijab yang terkenal dengan sifatnya yang dingin terhadap lelaki.

Johari terpaksa mencari apa saja helah untuk mendekati Zizie. Cara yang difikirkannya paling berkesan ialah dengan menyamar sebagai gadis bertudung iaitu Johanna sebagai ‘adik perempuan’ kepada Johari.



Menggunakan pengaruh Johanna, Zizie mula terbuka untuk mengenali Johari dan pada masa yang sama Johari juga berjaya menyelami hati Zizie melalui keintiman Johanna dan Zizie. Tapi siapa sangka, Johari atau Johanna turut digilai seluruh ahli keluarga Zizie yang gila-gila termasuk bapa Zizie yang sukakan Johanna yang kelihatan ayu dengan tudungnya. Sebagai dirinya sebenar Johari, dia turut menarik perhatian ibu Zizie yang kesepian dan abang Zizie yang 'confuse'.

Mampukah Johari menepis semua godaan ini dan memenangi hati Zizie? Saksikan semuanya dalam 'Mat Tudung' yang pastinya membuat anda pecah perut di pawagam pada 28 Julai 2014 ini.

Trailer


PHOTO














         ________________________


No comments: