21 May 2014

HILANG RAJUK - SYAMSUL YUSOF KEMBALI MENGARAH FILEM



Pujukan isterinya Puteri Sarah Liyana telah berjaya meredakan rajuk Syamsul Yusof yang dulunya 'sakit hati' gara-gara filem KL Gangster 2 dicetak rompak. Malah kata-kata perangsang isterinya juga telah berjaya memulihkan semangat juangnya dalam industri perfileman.

Sehubungan itu, Syamsul, 30, kini kembali bangun semula untuk bergiat aktif dalam dunia seni. Apa yang menarik, Syamsul kini sedang sibuk menyiapkan skrip bagi filem seram terbaharunya berjudul 'Munafik'.





"Saya sudah boleh terima hakikat. Selepas kahwin, isteri banyak memberi dorongan dan semangat untuk saya kembali ke dunia seni," ujarnya dipetik sebagai berkata ketika ditemui media pada majlis pra tonton 'Abang Long Fadil' di GSC One Utama, Petaling, kelmarin.

Untuk info, ia adalah kali pertama Syamsul muncul menonton wayang sejak filem KL Gangster 2 arahannya dicetak rompak. Isu tersebut sebelum ini dikatakan telah mematahkan semangatnya untuk terus berkarya apabila dia seolah-olah merajuk dengan dunia seni.



Bagaimanapun, selepas mendirikan rumah tangga pada 8 Mac lalu, Syamsul mengakui hidupnya kini berubah.

"Saya dapat rasa ada perubahan dalam diri lepas kahwin, tetapi tak boleh nak cerita kepada semua," katanya.





         ________________________


No comments: