21 May 2014

3 GAMBAR - BILA SHARIFAH SHAHIRA CEDERA DI KEPALA



Bak kata pepatah, malang tidak berbau!

Demikianlah halnya dengan pelakon dan penyampai stesen radio Ultra FM, Sharifah Shahira (Shiera) yang baru-baru ini mengalami pendarahan di belakang kepala apabila terjatuh ketika menjalani penggambaran sebuah game show.

"Saya jalani penggambaran satu program game show. Pada waktu itu memerlukan saya berlari. Entah macam mana saya nak elak kereta, dalam sekelip mata saya terus jatuh terlentang. Saya tak ingat sangat apa yang berlaku.





"Semasa jatuh tu saya masih sedar lagi. Tapi dalam masa beberapa minit tu saya terus tak ingat apa-apa. Sampai di hospital baru saya dapat ingat sikit-sikit apa yang berlaku sebelum itu," jelas Shiera dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Sheira kini sedang bercuti selama lima hari untuk berehat sebelum menyambung tugasnya seperti biasa.







         ________________________


No comments: