21 May 2014

BELUM DIKURNIAKAN ANAK - ZIZIE EZETTE BELA KUCING



Pelakon yang kini bergelar Datin, Zizie Ezzette Abdul Samad, 36, lebih selesa dengan kehidupannya sekarang meskipun kurang aktif dalam bidang seni. Menurut Zizie, keluarga dan suami tercinta iaitu Datuk Bung Mokhtar Radin kini menjadi kekuatan utama dirinya.

"Saya mempunyai suami yang paling baik, tidak perlu saya jelaskan kebaikan dia di sini, cuma apa yang boleh saya katakan perubahan cara hidup saya kini bukan pengorbanan.





"Memang saya memiliki semuanya, jangan salah sangka bukan saya maksudkan harta benda, tetapi lebih kepada kasih sayang," ujarnya sebagai berkata.

Bagaimanapun, bila diajukan soal anak... Zizie terus tersenyum dan mengakui pernah mencuba dengan sepenuh hatinya soal ini.



"Memang di awal perkahwinan, saya ambil kisah hal ini. Hampir beberapa tahun mencuba. Alhamdulillah setelah diperiksa semuanya baik. Tetapi soalnya kini masih berbalik kepada rezeki. Saya reda ketentuan ini.

"Bila sudah begitu keadaannya, saya tahu Allah menjanjikan sesuatu yang berbeza buat saya dahulu di kala ini. Jadi dari saya terus sedih dengan perkara itu, baik saya hargai apa yang diberi dahulu,"katanya.

Kini kasih sayangnya tercurah pula pada seekor kucing tidak sempurna fizikalnya. Menurut Zizie, kucing terbuang tersebut diambilnya sewaktu dia hadir ke rumah besar itu dengan mata yang hampir buta. Tanpa berfikir panjang, kucing itu terus dihantarnya ke pusat rawatan haiwan terdekat, dan sehingga kini kucing itu dibelanya bagai seorang 'puteri'.

"Dulu saya sibuk, sampai mahu meluangkan masa dengan Mommy juga tidak sempat, walhal kami dekat sahaja.

"Tetapi kini saya mahu luangkan masa saya dengan mereka. Sebab itu saya lebih selesa dengan kehidupan saya kini. Sukar untuk saya gambarkan kebahagiaan saya tetapi senang saya katakan saya gembira," katanya.


         ________________________


No comments: