20 May 2014

DAKWAAN BERCIUM DI PARIS: "SILA PAKAI KANTA" - CHE TA



Masihkan anda ingat dengan gambar Zain Saidin dan Che Ta yang didakwa bercium di Eiffel Tower hingga teruk dikritik oleh pengguna laman sosial? Terkini Che Ta menyuruh sesiapa yang tidak begitu nampak apa yang dibuatnya dalam gambar itu agar 'memakai kanta'! Heh.

Malah mereka berdua juga memilih untuk tidak mengambil kisah dengan kontroversi yang tercetus. Menurut Che Ta, walaupun sering mendapat kecaman namun dia tetap akan memuat naik gambar di Instagramnya seperti biasa.





Mereka berpendapat, memuat naik sebarang gambar di akaun Instagram mereka adalah hak peribadi 

"Saya tahu apabila terdapat banyak kritikan mengatakan saya dan Zain bercium. Orang buta kalau lihat gambar itu pun tahu saya tidak bercium. Sebaliknya, kami hanya ambil gambar pandang suami saya dengan jarak yang cukup dekat. Kalau tidak nampak, sila pakai kanta", katanya seolah memulang pahu buah keras.



"Itu akaun saya dan hak saya untuk memuat naik sebarang gambar sekalipun. Jika tidak suka mereka ada pilihan untuk tidak mengikut saya di Instagram. Saya sendiri tidak faham kerana kami tidak bercium pun orang boleh bikin kontroversi seperti ini", ujarnya dipetik sebagai berkata kepada Kosmo.

Selain isu tersebut, Che Ta turut menegaskan yang dia tidak pernah memaki hamun peminat ekoran isu Zain mewarnakan rambut menjadi perang.

"Saya ingin betulkan fakta. Saya tidak pernah memaki peminat, sebaliknya saya hanya meninggalkan komen untuk menjelaskan mengapa Zain mewarnakan rambutnya perang.

"Dia bukan warnakan rambut untuk suka-suka, sebaliknya kerana watak dalam siri 'Oh My English' musim ketiga", jelasnya dengan tenang.



         ________________________


No comments: