24 December 2013

INFO SANA SINI - 'CHIKARO', FILEM TERAKHIR 2013



Selepas mengeluarkan filem bergenre komedi seram 'Hantu Tok Mudim' dan creature feature 'Ular', Showbiz Productions bakal menayangkan filem terakhir penutup tirai tahun 2013, iaitu 'Chikaro' yang bergenre chick flick atau lebih dikenali di Malaysia sebagai romantik komedi.

Filem arahan Nizam Zakaria (yang sebelum ini mengarah filem 'Cinta Kura-Kura' dan 'Kahwin 5') menggandingkan ramai pelakon berbakat iaitu Izzue Islam, Adleena Nordin dan Izara Aishah, Adam AF2, Tasha Shila, Liyana Jasmay, Irma Hasmie, Daus AF8 dan ramai lagi.




Menurut Nizam, cara penyampaian filem ini berbeza dengan filem-filem romantik komedi yang pernah dihasilkan sebelum ini kerana ia menampilkan konsep 'mockumentary' seperti yang ditonjolkan didalam mega drama 'Maskara'.

Untuk info, Chikaro mengisahkan seorang gadis kampung bernama Anggun yang mendapat peluang menjalankan latihan praktikal di sebuah syarikat media di Kuala Lumpur. Gelagatnya telah menarik minat Mukhriz, seorang bekas mat rempit yang turut bekerja disitu.



Mukhriz berhasrat menjadikan Anggun sebagai 'chikaro' barunya. Bagaimanapun, dia berdepan dengan pelbagai masalah dan konflik di pejabat sehingga merenggangkan hubungan mereka.

Berjayakah Mukhriz memikat hati Anggun iaitu 'chikaro' yang akan menghiasi kapcainya? Segalanya akan bakal terungkai selepas anda menonton filem ini yang akan ditayangkan di pawagam pada 26 Disember 2013.


GAMBAR-GAMBAR
Klik untuk imej besar...






















No comments: