21 April 2015

MAMPUKAH 'WINTER SONATA' BAHARU KEMBALIKAN KEGEMILANGAN LAMA?



Pastinya peminat filem dan drama Korea tahu, drama bersiri Winter Sonata satu ketika dulu pernah memecah sejarah sebagai drama paling meletop. Malah drama tersebut yang dibintangi oleh Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo itu masih ditonton hingga kini diseluruh dunia.

Terkini, berita baik untuk peminat Winter Sonata apabila drama bersiri tersebut bakal kembali dengan sekuel baharu pada 2016.

"Idea untuk menyambung drama bersiri itu sudah lama saya fikirkan dan saya yakin, ianya pasti mendapat sambutan yang hebat di kalangan penonton yang menantikan sekuel ini.





"Saya rasa, selepas 10 tahun, ianya adalah waktu yang sesuai untuk mengembalikan popularitinya," kata penerbit ekskutifnya, Park Yeong Seok yang akan hanya memberitahu sinopsis drama itu kepada umum pada bulan hadapan

Apa yang menarik, Park akan turut mengumpul semua krew produksi asal drama bersiri itu termasuk kemungkinan mengekalkan pelakon asalnya Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo.

Namun bagi pendapat anda, siapakah yang paling layak memegang watak yu jin dan Joong Sang?





         ________________________




No comments: