05 May 2014

DRAMA SIRI - GANDINGAN FARALYNA & SYARUL DALAM 'FAJAR AIMAN'



Melalui Slot Azalea TV3, sebuah drama bersiri terbaharu iaitu 'Fajar Aiman' terbitan Suhan Movies akan menemui penonton mulai hari ini (setiap hari Isnin hingga Khamis) jam 4.00 petang.

Drama bersiri 20 episod arahan Hashim Rejab dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salim membariskan pelakon seperti Faralyna Idris (Nur Fajar), Syarul Ridzwan (Aiman), Farah Ahmad (Erma), Fauzi Nawawi (Suffian), Watie Sadali (Najwa) dan Azhan Rani (Shafie).





'Fajar Aiman' mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma.

Bagaimanpun, kakak Suffian, Mariah membantah hubungan mereka dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.

Apakah yang berlaku seterusnya? Jawapannya hanya dalam Slot Azalea.

Klik gambar untuk size besar










         ________________________


No comments: