07 June 2016

DRAMA BERSIRI 'BUKAN KERANA AKU TAK CINTA' KINI DIFILEMKAN



Drama bersiri ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ yang bersiaran menerusi saluran Mustika HD dan Bella pada tahun 2013 di Astro, kini diangkat ke layar perak menerusi tajuk 'JEBAT'.

Barisan pelakon utamanya seperti Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose masih dikekalkan. Mereka berdua akan dibantu oleh barisan pelakon lain seperti Peter Davis (bintang Mixed Martial Art (MMA)), Carmen Soo, Sangeeta Krishnasamy. Idris Khan, Louisa Chong, Yap Chin Fong dan Rahhim Omar.





"Menariknya, jalan cerita yang ditampilkan dalam filem ini akan membawa penonton mengetahui latar belakang Jebat, di mana ia tidak didedahkan di dalam drama sebelum ini," ujar Ketua Unit Drama Premium & Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail.

Tambahnya, filem ini mengisahkan Jebat dan Mastura menghabiskan masa bersama di luar negara sempena hadiah berbulan madu mereka. Tetapi, baru beberapa hari mereka berada di sana, beberapa kejadian yang tidak disangka telah berlaku dan membuatkan Jebat mula risau dan yakin ada sesuatu yang tidak kena.







INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO



Jebat terpaksa menipu dan membuat helah untuk segera pulang ke Malaysia atas alasan kecemasan keluarga. Mastura mula curiga, tetapi tetap akur dengan kehendak suami. Sebaik tiba di Malaysia, Jebat menuju ke tempat pakciknya yang merupakan sarang gangster yang telah lama dia tinggalkan. Jebat mendapat tahu ada seseorang ingin membunuhnya.

Untuk info, filem JEBAT ini diarahkan oleh Jamal Khan. Sementara Penerbit Eksekutifnya ialah Dato Ziela Jalil, Saniboey Mohd Ismail dan Khairul Anwar Salleh.

Difahamkan, daerah Raub, Taiping, Jelebu telah dipilih untuk dijadikan lokasi penggambaran.








Sumber: Astro


         ________________________





No comments: