07 June 2016

TAK PANDAI MASAK - SUAMI PANGGIL 'CHEF' AJAR JIHAN MUSE



Selama ini dia hanya pandai melawak dan berlakon sahaja, tetapi bila didapur dia gagal memasak disebabkan kekurangan ilmu. Atas sebab itu, suami Jihan Muse, iaitu Engku Hariz akhirnya terpaksa memanggil Chef Selebriti, Dato' Fazley Yaakob datang ke rumah untuk mengajar isterinya itu.

Berikutan tindakan suaminya itu, Jihan yang sebelum ini pernah memenangi 'Selebriti Komedi Pilihan Online' dalam APO2016 bukan sahaja terkejut dan cuak, malah sedikit tersipu dengan ketegasan suaminya yang mahu dia belajar memasak.





Untuk membuktikan yang dia bukan hanya pandai melawak, Jihan akhirnya berusaha bersungguh-sungguh belajar memasak untuk suaminya hasil tunjuk ajar Chef Fazley. Berkat kesungguhannya itu, Jihan kini sudah pandai membeli barangan di pasar untuk memasak pelbagai hidangan termasuk membuat pemanis mulut.

Antara masakan kegemaran suaminya yang dimasak Jihan adalah 'Roulade Daging' dan 'Pesto' serta pemanis mulut 'Walnut Mini Pavlova'. Wahhh... semuanya nama omputeh, nasi lemak, meehoon ngan karipap takda ke Jihan?

Namun begitu, kata orang macam tu lah kalau nak 'memikat hati suami'. Tambah-tambah di bulan Ramadan ni. Tak gitu Jihan? Heh.







INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO








Sumber: Astrogempak - Foto: Jihan IG



         ________________________





No comments: