06 June 2016

NIKAH 15 JULAI - HAZIQ HOT FM SIBUK URUSKAN PERSIAPAN KAHWIN



"Alhamdulillah persiapan mengadakan majlis nikah sedang dibuat. Tinggal sebulan dari sekarang majlis akan diadakan. Dalam kesibukan kita menyambut Ramadan dan Aidilfitri nanti, saya pula sibuk membuat persiapan majlis perkahwinan.

"Insya Allah majlis nikah akan diadakan pada 10 Syawal nanti. Sementara majlis resepsi pada keesokan harinya di lokasi sama," demikian kata penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni yang memilih 15 Julai sebagai tarikh penyatuannya dengan tunang, Ayunda Putri, 26.

Memandangkan bakal isterinya itu adalah warganegara Indonesia, Haziq yang juga pengacara program Hot TV menjelaskan dia tidak berdepan kesukaran bagi mendapatkan permohonan perkahwinan.





"Pada mulanya saya beranggapan susah nak membuat permohonan kerana ramai yang bercakap sedemikian. Sebaliknya apabila saya mendapatkan maklumat lanjut, baru saya tahu ia tidak sesukar disangka.

"Cuma di sebelah perempuan saja ia sedikit sukar kerana berkahwin di luar negara. Apa pun, buat masa sekarang segalanya dipermudahkan Allah. Jadi doakan semuanya berjalan lancar sehingga majlis berlangsung kelak," jelasnya.

Untuk makluman, Haziq dan Putri yang mengikat tali pertunangan pada 18 Oktober tahun lalu mula berkenalan ketika sama-sama menuntut di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sejak empat tahun lalu.





INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO






Sumber: Harian Metro
Foto: Haziq IG


         ________________________





No comments: