14 June 2012

DRAMA TERKINI - HELL ON WHEELS


Hell on Wheels siri drama epik baru mengenai era Western Amerika, akan disiarkan secara eksklusif di Sundance Channel bermula 21 Julai pada jam 10:00 malam. Kesemua 10 episod itu disiarkan selama satu jam menceritakan kisah pembinaan landasan kereta api merentas benua pada era pasca Perang Saudara Amerika, sekitar tahun 1865.

Siaran perdana Hell on Wheels di Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan di rangkaian AMC – saluran seinduk Sundance Channel – telah berjaya menarik 4.4 juta penonton, menobatkannya sebagai siaran perdana siri asal yang kedua tertinggi dalam sejarah rangkaian ini. Sundance Channel HD boleh ditonton melalui Astro B'yond di saluran 438.

Klik untuk imej besar...




Hell on Wheels, hasil karya Joe dan Tony Gayton, dibintangi oleh Anson Mount (City by the Sea, Cook County) sebagai bekas perajurit Cullen Bohannon Artis hip hop and pemenang anugerah Grammy Common (Just Wright, Date Night) sebagai Elam Ferguson Colm Meaney (Get Him To The Greek, Star Trek: The Next Generation) sebagai Thomas 'Doc' Durant dan Dominique McElligott (Moon) sebagai Lily Bell.

Drama ini membawa para penonton kembali ke zaman pasca Perang Saudara Amerika dan menghalusi perjuangan dan cabaran membina semula negara setelah ia mengalami peperangan yang paling banyak mengorbankan nyawa di bumi Amerika. Siri ini mendedahkan gejala rasuah dan sifat tamak yang berleluasa dalam industri landasan kereta api, pengalaman pendatang, nasib dan perjalanan hidup hamba berbangsa Afrika yang baru merdeka semasa Pembinaan Semula negara, serta pembinasaan tanah dan Orang Asli Amerika atas nama kemajuan.

Semasa siaran sulung siri ini di AS, New York Daily News telah menyifatkannya sebagai 'drama yang penuh tragedi, kompleks dan amat menarik', manakala Daily Variety berkata bahawa siri ini 'menawarkan imbasan kepada era yang tidak dapat dinafikan sebagai era yang amat mengagumkan.'

No comments: