29 November 2020

SERTAI MISI KEMANUSIAAN - HELIZA HELMI BERSAMA ADIK BERANGKAT KE SYRIA



Penyanyi Heliza Helmi menerusi muat naik di laman Instagram miliknya telah memaklumkan dia bersama adiknya, Hazwani Helmi serta sukarelawan lain sekali lagi menyertai misi kemanusiaan ke Syria bagi menyalurkan bantuan kemanusian untuk pelarian musim sejuk di sana. Mereka semua berangkat menaiki kapal terbang difahamkan kelmarin.

"Panggilan dariNya, dari ummah untuk ummah. Mohon doa kalian. Kalian jom bersama kami. Sama sama kita bantu mereka yang dalam kesejukan ketika ini. Membawa amanah sumbangan kalian. Doakan kami semua," katanya.

Heliza berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video ketika berangkat dari lapangan terbang.

Difahamkan Heliza bersama Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus.

Klik untuk gambar besar



Antara sumbangan dan bantuan yang disalurkan adalah seperti selimut, membina rumah, ubat-ubatan, makanan, alat pemanas dan pendidikan. Sumbangan itu disampaikan dari kutipan yang diinfaqkan oleh orang ramai sebelum ini.

Malah kutipan juga masih dijalankan dan kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh melalui laman web, www.rayuansyria.com atau terus pindahkan wang anda menerusi akaun Maybank, Syria Emergency Appeal (Dana MAPIM) 562834636987.

Heliza mula aktif menyertai misi kemanusiaan sejak tahun 2010 iaitu di Kemboja dan seterusnya ke Gaza pada tahun 2012 serta bebepa misi lain sehingga kini.











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Heliza Helmi & Hazwani Helmi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: