Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa gembira apabila datuknya, Mohamad Che Noh sudah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di Hospital Sungai Buloh akibat positif Covid-19.
Dalam entri tersebut, Alif berkongsi foto datuknya yang dipanggil Pak Wan sedang memasuki kenderaan untuk pulang, di samping memuji kebesaran Allah.
"Itu Pak Wan saya, pesakit Covid-19 berusia 91 tahun yang sudah sembuh, duduk di dalam kereta untuk pulang ke rumah! Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran itu juga, Alif turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kesihatan datuknya: "Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Pak Wan tempoh hari. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua," tuturnya.
Alif difahamkan kini masih lagi berada di Melaka dan menjalani rawatan selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu. Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Pak Wan dirawat di hospital bersama ibu, bapa dan adik bongsu Alif yang juga dijangkiti Covid-19 selepas disahkan positif pada Sabtu lalu.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Alif Satar
________________________

No comments:
Post a Comment