29 November 2020

AIN EDRUCE SAHKAN KINI BERBADAN DUA, BAKAL BERGELAR IBU



"Sebelum ni orang cakap nampak baby bump. Ya saya mengandung, tapi saya tak boleh cakap apa-apa dulu sebab terlalu awal. Kandungan saya kini dah cecah empat bulan," kata Ain Edruce yang mengesahkan berita gembira dimana dia hamil anak pertama menerusi satu perkongsian video di YouTube.

Nampaknya teka-teki mengenai spekulasi Ain hamil akhirnya terjawab selepas sebelum ini pelakon dan pengacara itu enggan menjawab sama ada benar atau tak dakwaan netizen yang terlihat 'baby bump'.

Ketika ditanya berhubung dakwaan tersebut, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, menganggap spekulasi hamil itu adalah satu doa yang baik kepada dia dan suami.

Klik untuk gambar besar



Ain berkata dia berniat merahsiakan kehamilan itu namun menunggu masa sesuai untuk dikongsikan. Menerusi video itu Ain turut berkongsikan momen apabila suami dan ahli keluarga mengetahui perkara tersebut.

Dalam pada itu, Ain berkata dia mengetahui dirinya berbadan dua beberapa hari sebelum dia dan suami bercuti di Langkawi sehingga terpaksa menangguhkan aktiviti lasak sepanjang percutian tersebut.

"Saya buat ujian kehamilan ini pun selepas menyedari lambat datang bulan. Jadi kami terpaksa elak aktiviti lasak sepanjang di Langkawi," jelasnya.



Kata Ain lagi, biarpun dunia sedang diduga dengan pandemik Covid-19 dan sebagainya namun 2020 merupakan tahun paling bermakna buat dirinya apabila disahkan hamil.

"Mungkin buat sesetengah orang tahun 2020 banyak sangat benda tidak elok terjadi, kerja susah, rezeki kurang. Namun bagi Ain, 2020 ini hari yang paling diingati dan tak boleh lupa sebab saya hamil," ujarnya.

Untuk makluman, Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu selepas mengikat tali pertunangan selama enam bulan.













www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Youtube / Instagram Ain Edruce

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: