29 November 2020

ADAKAN SIDANG AKHBAR ISNIN INI - SHEILA MAJID DIDESAK LETAK JAWATAN



Didakwa tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), hingga menyebabkan isu pengagihan royalti tidak dapat diselesaikan sehingga hari ini, penyanyi Datuk Sheila Majid telah digesa meletakkan jawatan tersebut.

Tekanan makin hebat datang daripada artis dan penggiat seni lain yang mendesak Sheila meletakkan jawatan tersebut. Kemuncak daripada kemelut ini mengundang Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk mengadakan sidang media khas pada Isnin ini.

"Persatuan Karyawan Malaysia akan mengadakan satu sidang akhbar, Isnin ini. Artis terkenal seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Ito, Rafi Suhu dan ramai lagi akan bersama saya untuk mendesak Sheila meletakkan jawatan sebagai Pengerusi RPM. Disyorkan Untuk Anda

"Ia supaya orang lain diberi peluang menjalankan tugas berat ini dalam menentukan royalti berjumlah lebih RM20 juta dan bahagian artis daripada RM140 juta yang diagihkan kepada ahli mendaftar dengan RPM dan Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) Bhd. Malangnya, PRISM sudah menutup operasi, tahun lepas," ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Freddie berkata, Sheila sudah dipilih menerajui RPM oleh syarikat rakaman dan bukannya artis yang juga ahli kepada badan itu.

"Dia sebenarnya bukan dipilih oleh artis sebaliknya oleh syarikat rakaman untuk menerajui RPM. Apabila dia gagal menyelesaikan masalah artis dan isu royalti, dia kena letak jawatan.

"Kebanyakan artis bergantung kepada industri muzik untuk menampung perbelanjaan kehidupan harian dan ramai berada dalam keadaan kewangan yang kritikal.

"Sheila perlu tahu artis amat memerlukan wang meneruskan kelangsungan hidup. Atas kegagalan menjalankan tugas, beliau harus meletakkan jawatan sebagai Pengerusi RPM supaya orang yang lebih layak diberi peluang mengambil alih tanggungjawab ini.

Klik untuk gambar besar


"Jika tidak, beliau akan dilihat bukan sahaja sebagai pemimpin yang gagal menjalankan tugas dengan sempurna, malah seorang yang mementingkan diri tanpa memikirkan kebajikan ahli yang kebanyakannya berada dalam keadaan susah sekarang ini," katanya.

Sehubungan itu, Karyawan berharap, sidang media yang akan diadakan Isnin ini dapat membuatkan Sheila mengambil langkah yang sepatutnya.

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, artis terkenal antaranya Datuk Khadijah Ibrahim, Ito, Rafi Suhu dan ramai lagi akan turun padang untuk mendesak Sheila meletakkan jawatan sebagai Pengerusi RPM.

"Datuk Awie juga sepatutnya turut serta tapi dia tak dapat berbuat demikian kerana terdapat penggambaran di luar Kuala Lumpur. Semua sepakat minta diberikan peluang kepada orang lain bagi menjalankan tugas berat yang perlu dipikul sebaik mungkin. Ramai individu yang layak dan yang nampak amat berpotensi adalah antara Khaty dan Rafi Suhu," jelasnya.

Terdahulu, kekecohan tercetus dalam industri muzik selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjalankan siasatan terhadap empat badan kutipan royalti iaitu Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd dan RPM dan PRISM.

Operasi dijalankan berdasarkan laporan dibuat oleh Freddie yang Ahli Panel Penasihat SPRM dalam perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, bulan lalu.

Kata Freddie, langkah membawa perkara itu kepada SPRM adalah pilihan terakhir Karyawan untuk menyelesaikan kemelut royalti artis yang berlarutan sejak lebih 20 tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: