12 June 2021

BAKAL HIJRAH - NOURUL NAK KE NEGARA TERDEKAT, BUKAN PERANCIS



"Kami tak pergi jauh pun tapi nantilah saya kongsi negara mana. Suami memilih untuk berhijrah di negara terdekat dulu kerana ingin meneroka peluang serta tukar angin di tempat baharu pula.

"Buat masa ini, kami masih menunggu permohonan visa diluluskan selain menunggu suntikan vaksin kedua. Kalau semua urusan sudah selesai, insya Allah kami akan berangkat pada sekitar 15 atau 20 Julai nanti.



"Perkara ini pun memang sudah kami bincangkan sejak mula berkahwin dulu. Jadi, saya sudah bersedia untuk melepaskan kehidupan di Malaysia tapi semestinya masih akan ulang-alik ke sini juga nanti," demikian ujar penyanyi Nourul Wahab Depp, 43, di mana keluarganya bakal berhijrah ke negara kejiranan terdekat pada pertengahan Julai nanti.

Tambahnya, dia sudah lama berhajat untuk berbuat demikian, tetapi mereka bukan pulang ke kampung halaman suaminya, Eric Daniel Depp di Perancis.

"Kalau ada tawaran persembahan di sini selepas Covid-19 reda nanti, saya masih akan pulang untuk menjayakannya. Karier saya masih diuruskan pasukan di Malaysia dan rumah kami pun tak jual.


"Cumanya, saya dan keluarga memang akan duduk lama di negara itu nanti. Ikut perancangan, kami akan berada di sana sehingga anak kami tamat persekolahan," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai keluarganya, Nourul hanya berkata "MasyaAllah tabarakallah. 9 years after... to many more years to come.

"Jauhkan hasad dengki dalam diri atau dari manusia lain, berbuat baik walaupun di pandang lain dari apa yang baik yang kita nak buat.



"Hanya Allah boleh judge kita. Bukan kita sesama manusia.

"Itu peringatan buat semua. Tak kira siapa. Kita semua sama saja," tulisnya di IG.

Untuk info, sejak Nourul berkahwin dengan Eric pada 2012, dia telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, Raphael, dan Isabella.

Sementara perkahwinan terdahulunya dengan komposer Ajai pula dikurniakan satu cahaya mata iaitu Ayu Nazirah.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: